Skip to content

CBX Club Malaysia

Blogs Forum Galeri Contact Us
You are here: Home Latarbelakang
Latarbelakang PDF Print E-mail

Penubuhan Kelab

KELAB CBX MALAYSIA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan bertujuan untuk menyatukan seluruh pemilik dan peminat motorsikal Honda Model CBX (750 dan 650) yang telah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia.  Memandangkan motorsikal model ini amat sinonim dengan pasukan polis, adalah dirasakan perlu sebuah pertubuhan/kelab yang dapat menyatukan pemiliknya agar ianya tidak disalah guna dalam apa juga cara dan keadaan. Dengan itu diharapkan pemilik motorsikal ini tidak mencemarkan nama baik pasukan polis dalam apa jua tindakannya.

Pada tahun 2005, terdapat beberapa orang pemilik motorsikal model CBX750 yang bergerak secara individu disekitar Lembah Klang (tidak diketahui ditempat lain).  Keadaan amatlah sukar terutama untuk membaiki dan mendapatkan alatganti.  Berasaskan minat yang sama, perhubungan mula wujud maka terbentuklah satu kumpulan kecil pemilik CBX.

Setelah bilangan bertambah, pada tahun 2006, beberapa orang pemilik telah membentuk satu online forum “Kelab CBX Malaysia”.  Bemulalah satu pertubuhan tidak rasmi secara online. Pemilik Honda CBX ini terdiri dari pelbagai lapisan kerjaya seperti; doktor, pilot, pegawai kerajaan, pekerja swasta, kontraktor, pesara, mekanik dan lain-lain.

Melalui forum tersebut, perbincangan dibuat mengenai permasalahan CBX, alat ganti, program ride dan sebagainya.  Oleh kerana forum tersebut menggunakan “host” percuma, beberapa kali capaian berubah akibat “crash”.  Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan daripada pemilik dan peminat dari seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), usaha terus dibuat bagi meneruskan forum tersebut  untuk mempastikan perhubungan dapat diteruskan.

Walaupun tiada kelab rasmi, beberapa aktiviti ride telah dirancang dan dijayakan; antaranya;  Program Ride AADK Perak, Program Majlis Pelancongan Perak – Lumut, Year End Ride 2007 (Perak, Penang, Kedah, Perlis), Hari Keluarga CBX di Port Dickson dan jelajah Semenanjung I (Negeri Sembilan, Johor, Pahang).

Selain program ride, kelab ini juga terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti dengan Rumah Solehah (rumah perantara anak dan ibu HIV), bersama rumah anak yatim dan program kebajikan untuk ahli.

Pada akhir 2007, initiatif mula dibuat bagi mewujudkan sebuah Kelab CBX Malaysia secara rasminya. Sebuah jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk menyediakan perlembagaan dan menguruskan pendaftaran.  Sehingga kini kelab banyak bergantung kepada ihsan ahlinya khususnya dalam perkara-perkara yang memerlukan sumbangan kewangan.

Adalah menjadi hasrat, agar Kelab ini menjadi sebuah pertubuhan yang disegani bukan sahaja dari segi sukan permotoran, tetapi juga untuk program amal dan kemasyarakatan sejajar dengan fungsi asal Honda CBX750P di Malaysia.

 
[+]
narrow screen wide screen Increase font size Decrease font size Default font size