Mesyuarat Agung pertama Kelab CBX Malaysia telah selamat sempurna diadakan.
KELAB mengucapkan jutaan terima kasih kepada:
- Dr Hj Mohd Yusof Abdullah, Pengarah Pusat Penyelidikan SumberStrategik MARDI kerana telah memberikan taklimat mengenai MARDI dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung KELAB.
- Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI kerana telah membuka Kedai Buku MARDI Khusus untuk ahli-ahli KELAB
- Binary Gains Sendirian Berhad yang telah menaja minuman sejuk danpanas sebelum dan semasa mesyuarat berjalan
- Ahli-Ahli KELAB yang telah menunaikan tanggung jawab masing-masing
Kesemua ahli yang masih belum menjelaskan Yuran Tahunan sebanyak RM120 perlu berbuat demikian sebelum 15 Mac 2010. Pembayaran boleh di buat melalui cara berikut
1. Penyerahan terus kepada Bendahari( Pak Ramlee) di Bengkel Lee Roy
2. Bank-in ke akaun. Sila telefon/sms @012-3669403 untuk mendapatkan no akaun.
Kegagalan ahli menjelaskan yuran ini akan menyebabkan keahlian tuan terhad sebagai Ahli Bersekutu.
Ahli bersekutu hanya perlu membayar RM30 sebagai Yuran pendaftaran. Tiada Yuran lain dikenakan.
Ahli bersekutu tidak layak mengundi atau di undi dalam mana-mana mesyuarat kelab.